Robot Baru ‘Parkour’ Dan ‘Surveyor’, Dan Bukti Penyeksaan Robot Oleh Boston Dynamics

0

Boston Dynamics ialah sebuah syarikat penyelidikan dan kejuruteraan yang memfokuskan kepada teknologi robotik. Ia dimiliki oleh dua syarikat besar, Softbank dan Google X. Mereka sudah banyak kali kongsikan video berbagai jenis robot untuk tujuan berbeza.

Kali ini dua lagi video robot dikongsikan. Yang pertama ialah robot 4 kaki dalam keluarga Spot. Boston Dynamics pernah kongsikan tentang ‘kebijakan’ Spot versi mini dalam meneroka persekitaran, mengelak halangan dan memanjat tangga.

Kini versi Spot yang diuji dikawasan pembinaan dan ia beraksi seperti surveyor dengan memerhati dan meneliti pembinaan.

Dan yang kedua ialah robot 2 kaki bernama Atlas yang boleh melompat seperti manusia yang sedang melakukan larian bebas ‘parkour‘. Era Robocop mengejar penjahat mungkin sudah hampir.

Lelaki ini tentu menyesal dan sedang dalam ketakutan sekarang.

Mari tonton kompilasi video ‘penyeksaan‘ robot yang dilakukan oleh Boston Dynamics. Jika PETA membela nasib haiwan, siapa yang akan membela nasib robot-robot ini 😜

Artikel lain berkaitan robot:

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: