Robot Pelayan Di Restoran Nam Heong, Ipoh Perak

0

Kerap kita lihat di internet berkenaan berita seperti ini, robot sebagai pelayan di restoran. Terutamanya di Jepun. Apa yang tidak ada di Jepun kan? 😁

Kini sebuah restoran di Malaysia pula mencuba pendekatan teknologi seperti ini. Restoran Nam Heong di Ipoh, Perak telah menerima ‘permohonan kerja’ beberapa robot untuk menjadi pelayan di restoran tersebut.

 

10 robot merah-putih yang dibawakan daripada China dilaporkan menelan belanja sebanyak 30,000 yuan (~RM18000). 8 robot diletakkan di restoran tersebut, 2 lagi di cawangan Damen Mall di Subang Jaya.

Mereka boleh bercakap dalam bahasa Inggeris dan Mandarin. Contohnya minta laluan dengan sopan jika anda menghalang laluan. Dan robot-robot ini ada nama ya, menggunakan nama-nama selebriti Asia. Antaranya ialah Dilraba Dilmurat, Hannah Quinlivan, Michelle Reis, Fan Bingbing, dan Angelababy.

kredit: placesandfoodssays

Anda boleh lawati mereka di:

  • Alamat: Block B, 2-15; Ipoh Soho, Jalan Sultan Iskandar Shah, 30000, Ipoh.
  • Waktu Operasi: 8.00am to 6.00pm daily.

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: