Salto-1P – Robot Pocong Comel Tapi Menakutkan

0

Anda mungkin pernah tengok bebarapa video robot dicipta oleh pelbagai syarikat robotik antaranya robot 4 kaki seperti anjing ciptaan Boston Dynamic dan robot 2 kaki ciptaan Agility Robotic.

Tapi kali ini mungkin kali pertama anda lihat robot satu kaki yang melompat-lompat seperti pocong atau seperti sedang main kayu pogo (pogostick). Diberi nama Salto-1P, robot melompat ini ialah hasil ciptaan makmal Biomimetic Millisystems di Berkeley, Universiti California.

Lompatannya sangat tepat ke lokasi atau titik yang ditetapkan. Sudut lompatan dan kekuatan lantunan boleh diubah mengikut lokasi yang dimahukan.

Salto ialah singkatan kepada Saltatorial Locomotion Terrain Obstacles, boleh diterjemahkan kepada pergerakan lompatan/lantunan ke lokasi tepat untuk mengelak halangan di permukaan bumi.

Tonton lompatan Salto-P1

Jika anda pernah tonton filem-filem barat tentang kebangkitan robot untuk menawan dunia, cuba bayangkan robot-robot tersebut berkaki satu dan melompat-lompat seperti pocong menyerang dan memijak manusia. Seram bukan?!

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: