Samsung Bakal Lancarkan Peranti Skrin Fleksibel Boleh Lipat Tidak Lama Lagi

0

Berdasarkan pelbagai maklumat, pengumuman dan pendedahan pendaftaran paten, menunjukkan Samsung semakin hampir menjadikan telefon atau tablet yang boleh lipat menggunakan skrin fleksibel satu kenyataan. Bukan 2 skrin berasingan, tapi hanya satu.

Belum ada nama yang rasmi diumumkan, tetapi ada yang memanggil Galaxy F (foldable), Galaxy X, Galaxy Wing (rekaan konsep) dan sebagainya.

Samsung sebelum ini berkata mereka akan lancarkan ‘foldable phone’ di penghujung tahun ini tetapi menangguhkannya ke 2019. Belum ada tarikh yang pasti bila.

Ketua Pegawai Eksekutif Samsung Mobile, D.J. Koh berkata yang pengguna boleh gunakan peranti tersebut seperti tablet, dan lipatnya menjadi telefon yang lebih mudah alih.

 

Dahulu Samsung ada membuat gimik dengan mengeluarkan video peranti boleh lipat, kelihatan realistik dan seperti sudah sedia untuk dijual kepada pengguna. Ramai teruja dan menantikan pelancarannya tetapi hampa kerana itu hanyalah video tentang konsep produk.

Menurut Koh lagi, kali ini bukan hanya gimik, ia betul-betul akan dilancarkan ke pasaran seluruh dunia.

Ketika ini, semua nama besar pengeluar telefon sedang berlumba-lumba dalam menjadi yang pertama dalam melancarkan telefon denga skrin fleksibel boleh lipat. Termasuklah Microsoft, Apple, LG dan Huawei. Di masa hadapan, sejarah akan terus menyebut nama siapa jadi yang pertama. Kita tunggu dan lihat.

Berikut ialah video konsep Samsung Galaxy Wing yang dibuat oleh TechConfigurations

Baca Microsoft Patenkan Peranti Baru Dengan Skrin Fleksibel Boleh Lipat

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: