Samsung Galaxy S8, S8 Plus, Harga Dan Pilihan Warna Didedahkan

0

Menurut laporan, Samsung akan melancarkan model perdananya yang akan datang, Galaxy S8 di acara istimewa di New York pada 29 Mac ini.

Dua model S terbaru iaitu Galaxy S8 (SM-G950) dan Galaxy S8 Plus (SM-G955) disenaraikan dengan warna Black, Gold dan Orchid Gray.

Kedua-dua model ini dikatakan menggunakan paparan lengkung dan Qualcom Snapdragon 835 SoC. Tiada lagi butang fizikal dan pembaca cap jari pula diletakkan di belakang.

Galaxy S8 mempunyai paparan 5.8 inci manakala S8+ 6.2 inci. Ia datang bersama Android 7.0 Nougat, 3.5mm headphone jack dan sambungan USB Type-C.

Samsung juga dijangka memperkenalkan pembantu mayanya sendiri yang dipanggil Bixby.

Untuk harga pula, harga jangkaan yang didedahkan di dalam matawang Ukrain, secara anggaran melalui tukaran matawang ialah RM4200 (USD950) untuk Galaxy S8 dan RM4600 (USD1050) untuk model S8+.

Kredit : sammobile

Sumber : softpedia, sammobile

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: