Sans Forgetica – Font Dicipta Untuk Membantu Memori Pembaca

0

Penyelidik di Institut Teknologi Diraja Melbourne (RMIT) Australia mencipta rekaan font baru yang menggunakan prinsip ‘psikologi kognitif’ untuk membantu pembaca lebih mudah ingat apa yang dibaca.

Diberi nama Sans Forgetica, ia menggunakan gaya typeface daripada font Sans Serif tetapi dengan beberapa lubang dan potongan, dan sedikit condong ke kiri.

Potongan-potongan ini menyebabkan ia sukar dibaca dan fokus kepada setiap perkataan sedikit lebih lama, lantas memperdaya minda untuk gunakan daya memproses kognitif yang lebih dalam. Kesannya, tahap pengekalan memori akan bertambah.

Ujian telah dilakukan kepada 400 pelajar yang membaca nota menggunakan font berbeza, pelajar yang mendapat nota dengan font Sans Forgetica paling cemerlang dalam mengingati apa yang dibaca.

Anda boleh gunakan font ini untuk apa saja tujuan, bukan sahaja nota belajar. Contohnya senarai membeli belah, tarikh hari lahir, tarikh-tarikh penting, nota di peti ais dan sebagainya.

Muat-turun font Sans Forgetica

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: