Scam Jual Barang, Seller Yang Kena Bayar

0

Kali ini saya kongsikan teknik scam yang semakin banyak digunakan untuk memerangkap mangsa atas talian dalam urusan jual beli. Mudah dilakukan, tiada modal diperlukan, malah boleh diubah suai mengikut pelbagai situasi menyebabkan teknik ini sangat popular dikalangan penipu atas talian. Ia boleh digunakan untuk menyumpan mangsa hampir di mana sahaja seperti :

  • Platform pengiklanan (Mudah.my)
  • Jual beli (Shopee, Lazada, Carousell)
  • Media sosial (Facebook, Twitter),
  • Aplikasi permesejan (Whatsapp, Telegram, WeChat)

Modus operandi atau cara biasa ia dilakukan ialah dengan cuba berbual dengan mangsa secara terus (PM) biasanya melalui aplikasi permesejan Whatsapp, Telegram atau FB Messenger.

Contohnya di Mudah.my, mereka akan hubungi penjual secara rawak untuk membeli barang yang dijual. Membuat ‘posting’ berminat untuk membeli barang-barang tertentu melalui perbualan kumpulan (group Facebook, Whatsapp, Telegram dan lain-lain). Ada juga yang secara senyap-senyap menghubugi ahli group secara rawak untuk ajak berjual beli.

Selepas ini perjalanannya hampir sama sahaja:

  1. Scammer berminat untuk membeli barang daripada mangsa. Menawarkan harga yang lumayan atau bersetuju dengan apa saja harga yang mangsa tawarkan walaupun mahal dan tidak masuk akal.
  2. Minta maklumat seperti nama dan nombor akaun bank mangsa untuk ‘melakukan pembayaran’.
  3. Maklumkan kepada mangsa yang wang ditahan pihak bank, perlu yuran pengaktifan, bayaran cukai, cas tukaran matawang dan macam-macam lagi alasan.
  4. Meminta mangsa membuat bayaran tersebut terlebih dahulu sebelum mangsa dapat terima wang ke akaun bank.
  5. Mangsa akan membuat bayaran kepada keldai wang (money mule).
  6. Scammer hilangkan diri atau meneruskan scam untuk mendapatkan lebih banyak wang daripada mangsa sehinggalah mangsa sedar telah ditipu.

Ada juga yang menipu pembayaran dan mangsa kerugian kerana wang tidak dapat tetapi telah pos barang yang dijual. Seperti artikel ini.

Berikut ialah contoh perbualan saya dengan salah seorang scammer dalam urusan jual beli wang lama. Berkali-kali saya diperdaya untuk membuat bayaran kepada dia.

Hati-hati dengan scam jenis ini kerana ia boleh muncul dalam perbagai bentuk dan tawaran yang menarik. Beringat juga untuk sentiasa waspada dan peka dengan keselamatan perbankan. Kongsikan kepada rakan-rakan dan keluarga.

Baca juga Apa Itu Keldai Wang dan Scam Scheduled Payment

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: