System UrusNiaga – Sistem Pengurusan Perniagaan Semua Dalam Satu

0

Dibangunkan oleh syarikat tempatan, System UrusNiaga adalah satu produk genius yang muncul ditengah-tengah kepesatan arena perniagaan, sama ada secara atas talian atau melalui perniagaan konvensional. Permintaan untuk sebuah sistem yang komprehensif dalam membantu pengurusan perniagaan sangat tinggi. Kesedaran tentang keperluan sistem sedemikian dalam perniagaan juga semakin meningkat.

System Urusniaga ini sesuai dengan semua jenis perniagaan, tidak terkecuali perniagaan produk, perkhidmatan, secara atas talian atau kedai fizikal.

Antara fungsi yang disediakan ialah rekod pelanggan dan pembelian, pengurusan produk dan stok, dokumen yang berkaitan perniagaan seperti invois, kuot, DO, PO, resit dan lain-lain. Senarai pembekal turut boleh direkodkan.

Apa yang menjadikan sistem ini sebagai ‘semua dalam satu’ ialah, ia turut sediakan fungsi-fungsi hebat seperti sistem Point of Sale (PoS), Pay Slip (gaji pekerja) dan modul cukai GST. Lebih hebat lagi, beberapa syarikat/perniagaan boleh diuruskan hanya menggunakan satu akaun induk.

Salah satu aspek yang penting dalam perniagaan ialah maklumat terperinci tentang jualan, untung-rugi dan sebagainya. Di sini System Urusniaga sangat cemerlang kerana fungsi Reports yang disediakan sangat lengkap dan menyeluruh. Semua laporan seperti jualan, perbelanjaan, stok, untung-rugi, cukai, gaji dan banyak lagi, disusun kemas dan mudah difahami.

Pihak System Urusniaga memberi 14 hari percuma untuk pemilik perniagaan mencuba sistem mereka tanpa sebarang bayaran atau komitmen.

Layari : Urusniaga.my

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: