Telegram Desktop Dedahkan Alamat IP, Lokasi Anda Mungkin Terdedah

0

Selain Whatsapp, sebuah lagi aplikasi permesejan yang terkenal ialah Telegram. Dengan pelbagai fungsi dan fitur yang yang unik dan menarik, aplikasi ini ada peminatnya tersendiri.

Telegram juga terkenal dengan ketegasan menjaga privasi pengguna, sehingga dihalang di negara asalnya sendiri, Rusia. Semuanya berpunca kerana pembangun Telegram tidak mahu memberi ‘lubang’ kepada kerajaan Rusia memantau kandungan mesej pengguna.

Terkini, seorang penyelidik keselamatan, Dhiraj Mishra menemui kelemahan di mana aplikasi Telegram versi desktop mendedahkan alamat IP peribadi dan awam, apabila membuat panggilan peer-to-peer.

Baru saja dikemaskini, pengguna Telegram desktop kini ada pilihan untuk mematikan atau menghadkan fungsi panggilan dan panggilan peer-to-peer hanya kepada kenalan.

Untuk versi desktop, pastikan Telegram anda sudah di versi terkini, dan anda boleh buat perubahan di :

Menu Settings > Privacy and Security > Voice calls > Peer-to-Peer

Lihat bagaimana lokasi anda dapat dikesan jika alamat IP terdedah: ip2location.com

sumber: engadget

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: