Terapi.my – Servis Urutan Dan Bekam Terus Ke Rumah Dengan Tempahan Atas Talian

0

Kini banyak idea-idea hebat lahir untuk menggunakan kelebihan teknologi terutamanya secara atas talian bagi memudahkan perkhidmatan, perniagaan malah urusan seharian. Hampir semua bidang tidak terkecuali untuk mengambil peluang kemajuan teknologi hari ini.

Terapi.my adalah salah satu idea daripada idea hebat ini. Diasaskan oleh anak tempatan, ia menyediakan medium untuk pelanggan mudah mendapatkan perkhidmatan perbagai jenis urutan dan bekam. Malah urutan selepas bersalin serta kaunseling dan rawatan ikhtiar untuk pasangan yang merancang kehamilan dan zuriat juga disediakan.

Dengan kemudahan tempahan atas talian, anda bebas memilih tarikh dan masa (pagi,petang,malam) yang bersesuaian dengan kelapangan. Harga pula tetap mengikut jenis rawatan tanpa mengira lokasi anda. Dan yang paling menarik, semua juruterapi yang disediakan ialah yang berpengalaman dan berdaftar dengan Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplimentari.

Untuk menempah anda hanya perlu ke laman web terapi.my dan isi borang tempahan. Satu kod verifikasi akan dihantar untuk sahkan tempahan anda. Pihak pengurusan akan menghantar nama dan masa ketibaan juruterapi. Anda hanya perlu bersedia untuk menerima rawatan pada masa yang telah ditetapkan.

Ketika ini, pihak Terapi.my beroperasi di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Bagi anda yang berada di kawasan yang disebutkan, boleh mencuba perkhidmatan mereka. Lenguh-lenguh menggunakan telefon dan komputer tu juga boleh mencubanya 🙂

Layari : https://terapi.my/

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: