Twitch Squad Stream Benarkan Sehingga 4 Streamers Serentak

0

Platform popular untuk stream permainan atas talian Twitch, mengumumkan beberapa kemaskini baru ketika acara TwitchCon 2018. Salah satu yang sangat menarik perhatian ialah Squad Stream.

Melalui Squad Stream, maksima sehingga 4 orang streamer boleh gabungkan stream mereka ke dalam satu paparan. Ia boleh ditonton melalui mana-mana saluran streamer tersebut. Tidak perlu lagi buka beberapa tab pelayar web untuk saluran (channel) stream berbeza.

squad stream

Penonton pula boleh memilih 1 stream utama dan 3 yang lain akan muncul paparan kecil di bahagian bawah. Jadikan stream yang lain sebagai utama dengan hanya klik pada paparan kecil tersebut.

Fungsi Chat pula diasingkan mengikut stream utama yang ditonton. Jadi penonton boleh berborak pada Chat berbeza mengikut stream utama yang dipilih. Untuk bertukar saluran Chat hanya perlu tukar stream utama.

Twitch akan memberi akses kepada beberapa streamer terpilih untuk mencuba fitur Squad Stream ini pada hujung tahun. Untuk streamer lain boleh merasa pada tahun hadapan. sumber: twitch

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: