Twitter Ingin Menentang Tweet Berunsur Penganiayaan dan Buli

0

Dalam kemaskini terbaru di blog rasmi Twitter, mereka memperkenalkan beberapa fitur baru untuk melawan Tweet yang mengandungi unsur penganiayaan, buli dan kurang berkualiti.

Halang pendaftaran akaun baru oleh indivividu yang terlibat.
Twitter akan mengenal-pasti individu yang pernah akaun yang dinyah-aktif secara kekal dan menghalang mereka daripada membuat akaun baru.

Keputusan carian yang lebih selamat.
Disebut sebagai Safe Search, fungsi ini akan membuang Tweet yang berpotensi mengandungi kandungan yang sensitif. Ia juga akan menapis Tweet daripada akaun yang dihalang dan yang disenyapkan.

Menyembunyikan Tweet tidak berkualiti dan berpotensi sensitif.

Tweet yang berpontensi bersifat buli dan penganiayaan akan ditutup/disembunyikan. Tweet yang lebih relevan akan didahulukan.

Credit : Twitter

Anda boleh mengambil bahagian dalam memastikan Twitter lebih selamat dan bersih daripada individu atau Tweet yang membuli atau menganiaya pengguna lain. Salah satu caranya ialah dengan melaporkan kepada Twitter jika anda ternampak Tweet yang sensitif.

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: