Uber Lancarkan Perkhidmatan Sewaan Skuter Elektrik

0

Selepas mengambil alih syarikat basikal eletrik, Jump, Uber kini sudah mula menawarkan perkhidmatan sewaan skuter eletrik menerusi aplikasi mereka. Uber sangat aktif mencuba dan bereksperimen dengan pelbagai jenis mod pengangkutan termasuk lori kontena dan kereta pemanduan sendiri, mereka kini mencuba skuter eletrik pula.

Percubaan pertama akan meliputi kawasan Santa Monica, California dahulu dan mereka hanya dibenarkan untuk meletakkan 250 skuter sahaja diseluruh bandar. Harga sewaan lebih kurang dengan perkhidmatan sewaan basikal eletrik iaitu bermula $1 dolar AS. 5 minit pertama ialah percuma dan selepas itu ialah 15 sen per minit.

 

Melalui aplikasi yang sama untuk menyewa kereta, pengguna boleh lihat lokasi skuter terdekat. Nyah-kunci skuter tersebut dan mula gunakannya. Selepas selesai, tamatkan perjalanan anda dalam aplikasi dan tinggalkan saja skuter tersebut.

Uber juga menjalin kerjasama dengan syarikat skuter eletrik Lime, dan akan beroperasi tidak lama lagi. Apabila itu dilancarkan, lebih banyak skuter akan sedia untuk di sewa, semuanya melalui aplikasi Uber yang sama.

Syarikat sewaan basikal oBike sudah tarik diri dari pasaran beberapa negara kerana menanggung kerugian akibat vandalisma dan kecurian. Anda rasa sewaan skuter eletrik ini sesuai di Malaysia?

sumber: mashable

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: