Uber Mulakan Operasi Kereta Pemanduan Sendiri

0

Teknologi kereta pemanduan sendiri semakin diyakini untuk digunakan bersama kereta-kereta lain di atas jalan raya. Lebih banyak syarikat kini telah menyertai atau melabur ke dalam teknologi ini. Uber salah satu syarikat yang tiada kaitan dengan pembuatan kereta tetapi mengambil kesempatan dengan teknologi ini.

Selepas kegagalan Uber untuk mencuba kereta pemanduan sendiri di California kerana beberapa masalah, mereka kini mendapat lampu hijau untuk melakukannya di Arizona.

Ini kerana pihak pentadbiran dan ahli politik Arizona menguatkuasakan peraturan yang lebih longgar berbanding California.

Penduduk di Tempe, Arizona kini boleh memanggil kereta pemanduan sendiri ini melalui aplikasi Uber. Kerana masih diperingkat percubaan, kereta SUV khas Volvo XC90 akan datang bersama 2 jurutera Uber yang duduk tempat duduk hadapan untuk memantau dan mengambil alih pemanduan jika berlaku kecemasan atau perlukan pemanduan manual.

Jika ujian ini berjalan lancar dan berjaya, perkhidmatan kereta pemanduan sendiri akan diperluaskan ke bandar-bandar lain. Keputusan ujian dengan pelanggan sebenar di Arizona ini juga boleh dijadikan bahan rujukan untuk Uber meyakinkan bandar-bandar lain dalam memberi kebenaran untuk mereka memperluaskan perkhidmatan seperti ini kelak. Ketika ini, tiada jangkaan masa yang diumumkan pihak Uber untuk sesi percubaan ini.

sumber:cnet

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: