Windows 10 Tidak Terlibat Intipan CIA – Microsoft

0

Berikutan pendedahan WikiLeaks tentang intipan CIA melalui pelbagai medium dan peralatan termasuk telefon pintar, komputer dan TV, banyak pihak mula menyemak dan membandingkan sistem masing-masing dengan ‘lubang intipan’ yang didedahkan.

Selepas beberapa hari, Microsoft pula mengeluarkan kenyataan bahawa sistem pengoperasian terbaru mereka, Windows 10, tidak terkesan dengan intipan tersebut kerana kecacatan sistem yang dimanupulasi oleh CIA sudah lama dah tidak wujud pada Windows 10.

Bagaimanapun Microsoft tidak menyatakan versi Windows lain sama ada terlibat atau tidak.

Kenyataan yang serupa dikeluarkan oleh syarikat besar seperti Apple dan Google. Mereka nyatakan bahawa kecacatan yang didedahkan dalam dokumen WikiLeaks tersebut kebanyakannya sudah dibaiki pada kemaskini perisian dan sistem yang terbaru.

Pengguna dinasihatkan untuk mengemaskini peranti masing-masing supaya ke pada versi sistem dan perisian yang terbaru. Dengan ini, sebarang kecacatan yang dibaiki pengeluar, dapat sampai kepada pengguna dengan segera.

CIA dikecam kerana tidak berkongsi kecacatan yang ditemui dengan syarikat pengeluar untuk dibaiki. Ia meletakkan berbilion pengguna kepada ancaman memandangkan penggodam lain juga berpotensi untuk menemui seterusnya mengeksploitasi kecacatan tersebut.

Baca lanjut mengenai pendedahan Vault 7 WikiLeaks di sini.

sumber:softpedia

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: