Yahoo Mengingatkan Pengguna Tentang Aktiviti Pemalsuan Cookie

0

Ketika Yahoo dalam proses diambil-alih oleh Verizon, masih ada pihak yang cuba mengambil kesempatan di dalam kesibukan tersebut.

Terkini, Yahoo menghantar email kepada pengguna untuk maklumkan tentang aktiviti hasad terbaru iaitu pemalsuan cookie. Ia disyaki didalangi oleh penyerang yang sama pada 2014 yang bertanggungjawab mencuri 500juta akaun pengguna.

Cookie ialah data sementara tentang laman web tertentu, yang disimpan dalam komputer pengguna semasa melayari laman web tersebut. Dengan pemalsuan cookie, penyerang boleh mengakses akaun pengguna tanpa perlu memasukkan kata laluan.

Menurut email mereka, pihak Yahoo telah nyah-sahkan cookie yang palsu dan menambah-baik tahap keselamatan sistem mereka.

Yahoo juga menggalakkan pengguna untuk mengikuti beberapa langkah keselamatan:

  • Menyemak akaun untuk activiti yang mencurigakan.
  • Peka terhadap komunikasi dari pihak yang tidak dikenali dan tidak memberikan maklumat peribadi.
  • Elakkan daripada klik pautan atau muat-turun file daripada email yang mencurigakan.

Langkah keselamatan lanjut oleh Yahoo boleh dirujuk di sini.

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: