Yahoo ‘Messenger’ Baru Seperti Slack Dan Discord, Fokus Kepada Perbualan Kumpulan

0

Selepas menamatkan perkhidmatan aplikasi dan perisian permesejan popular mereka iaitu Yahoo Messenger, Yahoo kini memperkenalkan aplikasi baru diberi nama Together yang memfokuskan kepada perbualan secara berkumpulan.

Together membolehkan pengguna berbual di dalam group utama dan membuat topik berasingan menggunakan hashtag, mirip seperti aplikasi Slack dan Discord. Dengan cara ini, ia memudahkan perbualan sesuatu topik tanpa mengganggu perbualan di group utama. Penggunaan simbol hashtag untuk mengasingkan topik sudah digunakan sejak era permesejan IRC lagi.

Beberapa fitur menarik Together:

  • Topics – Urus perbualan mengikut topik.
  • Secret topics – Buat topik rahsia seperti Parti Hari Lahir Mak untuk berbual secara rahsia.
  • Reminders – Jadualkan mesej peringatan dan ingatkan kumpulan tentang sesuatu perkara.
  • Custom reactions – Guna imej darigaleri atau kamera untuk buat reaksi unik.
  • Mute – Tutup notifikasi topik pilihan.
  • Blasts – Hantar mesej penting supaya dilihat semua ahli kumpulan.
  • Attachments – Kongi gambar, dokumen dan pautan, cari semula di satu tempat.
  • Activity view – Lihat log aktiviti dan jika anda disebut dalam perbualan.
  • Privacy – Ajak sertai perbualan menggunakan pautan, tidak perlu simpan contact.

Buat masa ini belum ada fungsi membuat panggilan, mungkin akan ditambah di masa akan datang.

sumber: yahoo

Tonton video pengenalan daripada Yahoo

Muat-turun Together untuk Android dan iOS

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: