YouTube Tidak Dapat Diakses Di Seluruh Dunia

0

Laporan mula timbul oleh pengguna di seluruh dunia pada pukul 9.20 pagi tadi, sehingga artikel ini ditulis, portal perkongsian video paling popular, YouTube masih tidak dapat diakses oleh pengguna diseluruh dunia.

Laman web, web mudah alih dan aplikasi terkesan dengan masalah ini. Laman web YouTube versi desktop akan memaparkan bingkai kosong. Jika dibuka di aplikasi dan web mudah alih, pengguna mungkin dapat lihat thumbnail video-video tertentu tetapi ia tidak dapat dimainkan.

Status laporan masalah akses YouTube : https://downdetector.com/status/youtube

Belum ada kemaskini berkenaan punca kejadian ini.

#Kemaskini : YouTube sudah beroperasi semula seperti biasa.

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini: